&
kemaskini 21.10.2011 @ 9.19pm

Kawasan Operasi KK Skim Kelapa Sawit, Mukah
Bangunan Klinik - pandangan sisi
Bahagian Hadapan Klinik
Kaunter Pendaftaran/Pertanyaan
Tempat menunggu
LATAR BELAKANG KK SKIM KELAPA SAWIT,
MUKAH
SEJARAH RINGKAS
Klinik Kesihatan Skim Kelapa Sawit Mukah (KKSK) mula beroperasi pada tahun 1974. Mula dikenali sebagai Dispensari Skim Kelapa Sawit dan dinaik taraf sebagai Klinik Kesihatan pada tahun 1994 sehinggalah sekarang.
Klinik Kesihatan ini bukanlah ‘standard clinic’ seperti mana Klinik Kesihatan lain yang terdapat di negeri Sarawak. Bangunan Klinik Kesihatan ini adalah merupakan bekas rumah/kuarters untuk kakitangan Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn. Bhd (SPAD) yang diubahsuai dari semasa ke semasa. Segala usaha pengubahsuaian, pembaikan dan penyelengaraan adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa SPB atau Kilang Kelapa Sawit, Mukah. Namun begitu sejak kebelakangan ini kerja-kerja penyelenggaraan yang dimohon oleh pihak klinik kurang mendapat perhatian serius oleh pihak Kilang Kelapa Sawit, Mukah. Mengikut keadaan terkini, bangunan Klinik Kesihatan Skim Kelapa Sawit ini terlalu hampir dengan proses naik taraf Jalan Mukah/Selangau. Namun ia belum mengganggu urusan harian Klinik dalam usaha untuk memberikan rawatan terbaik dan termampu kepada masyarakat di sekeliling.
Buat masa ini juga belum ada sebarang maklumat rasmi atau surat rasmi daripada pemaju yang menaik taraf jalan (Naim Cendera Sdn Bhd), Jabatan Kerja Raya atau Sarawak Plantation Berhad berkenaan status sebenar Klinik ini, samada ia mengganggu proses naik taraf jalan Mukah / Selangau, perlu dirobohkan atau terus dikekalkan. Sila klik di sini. Tenaga penggerak utama Klinik ini adalah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia & Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang menyediakan pegawai-pegawai untuk berkhidmat di sini. Segala bekalan ubat-ubatan, bil-bil air, bil telefon, keperluan lain operasi seperti 'dry store', 'ration pesakit', alat-alat tulis, bekalan pejabat dan sebagainya dibiayai oleh Jabatan Kesihatan Sarawak/Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.
Klinik Kesihatan Skim Kelapa Sawit mempunyai perjawatan dua orang Penolong Pegawai Perubatan U29 - buat masa ini satu sahaja jawatan diisi (PPP MIKE ROBSON ABAS) dua orang Jururawat Masyarakat U19 (JM Nur Faridah Abdullah & JM ALICE), dua Pembantu Perawatan Kesihatan U3 (PPK Kantriek anak Sindop & PPK James Barna Bas Lindang) dan seorang pekerja kontrak pembersihan (- perkhidmatan dihentikan sejak Ogos 2009 kerana tiada bajet) - .
(gambar akan diisi sedikit masa)
Kedatangan pesakit bulanan (pesakit luar)di Klinik ini adalah purata seperti berikut:-
a. Tahun 2005 = 600 orang sebulan
b. Tahun 2006 = 543 orang sebulan
c. Tahun 2007 = 580 orang sebulan-bagi 7 bulan sahaja (5 bulan tiada PPP kerana mengikuti mengikuti Kursus di KSKB Kuching selama 6 bulan)
d. Tahun 2008 - 364 orang sebulan
Manakala untuk klinik ibu dan anak pula adalah purata :-
a. Tahun 2005 = 331 orang sebulan
b. Tahun 2006 = 222 orang sebulan
c. Tahun 2007 = 226 orang sebulan
d. Tahun 2008 = 326 orang sebulan
Majoriti pesakit yang datang mendapatkan rawatan di Klinik ini adalah staf-staf & pekerja kilang, staf-staf & pekerja ladang sawit serta ahli-ahli keluarga mereka (SPAD/MPOM). Selebihnya adalah dari syarikat-syarkat arang batu (VMC/Hock Peng), Geo Spec Sdn. Bhd, Rimbunan Hijau, MKKS, MPI, ladang-ladang sawit lain yang berdekatan, sekolah-sekolah, rumah panjang-rumah panjang dan lain-lain tempat di kawasan operasi klinik.
Agihan pecahannya adalah 54% untuk SPAD/MPOM dan bakinya 46% daripada penduduk rumah panjang, sekolah dan lain-lain tempat.
Klinik Kesihatan Skim Kelapa Sawit boleh dihubungi melalui jalan raya dari Bandar Sibu (Hospital Sibu) sejauh 99km, bandar Mukah (Hospital Mukah) – 79 km, pekan Selangau (Klinik Kesihatan Selangau) - 20km dan Klinik Kesihatan Ng. Taroh, Mukah – 17 km.
Carta Organisasi KK Skim Kelapa Sawit Mukah.
Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah
(Dr. Haji Osman bin Haji Rafaie)
Ketua Penolong Pegawai Perubatan U36 (Bahagian Mukah)
(GAMBAR)
(Tuan Haji Abdul Rahman b. Dillah)
Penolong Pegawai Perubatan U32 (Daerah Mukah)
(En. Ignatious Andrew Gayu)Penolong Pegawai Perubatan U29 (Menjaga)
(En. MIKE ROBSON ABAS)
Jururawat Masyarakat U24 (Menguasa KKIA)
(Pn. Nurfaridah Abdullah)
Jururawat Masyarakat U19
(Pn. ALICE)
Pembantu Perawatan Kesihatan U12

(Pn. Kantriek ak. Sindop) PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U03

(PPK James Barna Bas Lindang)
(Pekerja Pembersihan-Kontrak)
GAMBAR
()
KAWASAN PARLIMEN/AHLI UNDANGAN NEGERI
Kawasan Parlimen P212 Mukah.

Y.B Datuk Dr. Mohd Leo Toyad
Kawasan dewan undangan negeri N. 53 Kakus YB. Datuk John Sikie ak. Tayai
PENDUDUK
Penduduk di kawasan operasi klinik ini terdiri daripada penduduk kawasan estet kelapa sawit, kilang kelapa sawit dan penduduk rumah panjang.
Pecahan Bangsa/Peratusan
a. Iban - 93%
b. Melanau - 3.5%
c. Melayu - 1.5%
d. Lain-lain - 1.5%
e. Warga Asing/Indonesia - 0.5 %
Statistik Penempatan/Penduduk
Jumlah Rumah Panjang = 44 buah
Jumlah Pintu = 1048 buah
Jumlah Penduduk = 4716 orang
Jumlah Kampung/Penempatan = 48 buah
Jarak Kampung atau Lokasi Penempatan dari Klinik
Jarak 0 – 5 km = 9 buah kampung/penempatan
Jarak 5 – 12 km = 14 buah kampung/penempatan
Jarak -> 12 km = 26 buah kampung/penempatan
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN OPERASI KK SKIM KELAPA SAWIT, MUKAH.
==> Kemudahan Beribadat
-Surau (di Kilang Kelapa Sawit, Mukah, SPAD Ladang 3 & SPAD Ldg. 1)
-Gereja (Kilang)
==> Kemudahan Pendidikan
-SK SLDB No. 1 (5km dari Klinik)
-SK SLDB No. 3 (6km dari Klinik)
-SK Sg. Duan (11km dari Klinik)
-PRA SPAD Ldg. 1 (5km dari Klinik)
-PRA SPAD Ldg. 3 (6km dari Klinik)
-PRA Sg. Duan (11km dari Klinik)
-Tadika Kemas Rh. Kilan (10km dari Klinik)
==> Bekalan Air Dan Elektrik
-bekalan elektrik di kawasan Kilang dan Klinik dijanakan oleh generator kilang & turbin semasa pemprosesan buah kelapa sawit – bekalan 24 jam (kadangkala terputus disebabkan kerosakan generator kilang dan turbin) Setakat ini belum ada bekalan elektrik daripada SESCO.
-di kawasan estet/sekolah – bekalan elektrik daripada janakuasa sendiri – 20 jam sehari
-bekalan elektrik di rumah panjang – menggunakan Generator sendiri
-bekalan air bersih boleh didapati dikawasan MPOM/SPAD Ladang 1, SPAD Ladang 3, SPAD Ladang 4/sekolah-sekolah dan sesetengah rumah panjang yang berdekatan jalan raya (bekalan air daripada JKR - sering terganggu ekoran proses naik taraf jalan Mukah/Selangau)
-rumah panjang yang tidak dibekalkan air bersih daripada JKR pula mendapatkan bekalan air daripada tadahan hujan (tangki air) dan juga dari sungai-sungai.
==> Kemudahan Komunikasi
-penggunaan telefon rumah – jenis RILL, CDMA (wireless)
-telefon awam - mengunakan kad (di Klinik)
-telefon mudah alih – seperti Celcom/Maxis/Hotlink – boleh didapati disesetengah tempat di kawasan MPOM, estet dan rumah panjang (Liputan Lebih Baik dengan adanya 2 buah Pencawang Telekomunikasi di SPAD Ldg. 1 dan SPAD Ldg. 3)
-perkhidmatan internet persendirian juga digunakan oleh sesetengah penduduk yang berkemampuan (penggunaan telefon CDMA & Rill)

Kemudahan Internet oleh KTAK (USP Projek Fasa 3)
Komputer 1 untuk kegunaan kakitangan klinik
Komputer 2 untuk penggunaan komuniti
-melalui Projek ‘universal service provision’ atau 'Pemberian Perkhidmatan Sejagat' para penduduk juga boleh menggunakan kemudahan internet bagi lain-lain perhubungan seperti mengisi borang-borang SPA, IPTA/S, semakan daftar pengundi, tempahan tiket kapal terbang, melawati laman-laman web yang berkaitan dengan kehidupan seharian, berita-berita online, pengiriman wang online, pembayaran bil-bil online seperti bil telefon, bil Astro, dan sebagainya. Ia ditempatkan di Klinik bagi kemudahan setempat – pentadbir setempat WKK Sebeli ak. Chaleng. Projek ini adalah di bawah selengaraan Kementerian Tenaga Air Dan Komunikasi/Telekom Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Penggunaan internet dan komputer adalah percuma kepada penduduk setempat.
Para penduduk/pengguna digalakkan menjadi ahli untuk projek USP tersebut bagi memudahkan pemantauan penggunaan komputer dan internet.
==> Kemudahan Riadah/Sukan
-padang bola sepak, padang tennis, badminton, takraw, bola tampar & Futsal terdapat di kawasan kilang/estet
==> Kemudahan kedai/kantin
-terdapat di kilang (kedai runcit & kantin makanan) serta kedai runcit di setiap estet dan juga rumah panjang untuk kemudahan masyarakat setempat.
==> Kemudahan Pengangkutan
-Kawasan ini boleh dihubungi melalui jalan raya (buat masa sekarang pihak kerajaan dalam proses menaik taraf jalan tersebut dan keadaan jalan amat tidak memuaskan). Jenis pengangkutan utama adalah bas, van, teksi, kereta persendirian dan motorsikal
==> Pekerjaan Penduduk
-Sebagai buruh ladang/kilang dengan pendapatan RM12.00 - 18.00 sehari,
-Kakitangan SPAD - bekerja sebagai pengurus, penyelia ladang/kilang, kerani, staf/mekanik ladang/kilang - dengan gaji bulanan.
-bekerja di lombong-lombong arang batu, bekerja sendiri/petani
-berniaga sayur-sayuran/ hasil tani di bandar Mukah
-kakitangan kerajaan di sekolah/klinik
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar.
Bilik untuk saringan pesakit luar

Bilik rawatan dan suntikan
Bilik saringan berkongsi dengan tempat dispens ubat-ubatan
Rawatan Pesakit Luar► rawatan penyakit ringan
► rawatan pesakit ulangan
► rujukan pesakit ke hospital/Klinik Kesihatan Yang Mempunyai Pegawai Perubatan
Rawatan Pesakit Dalam
Wad permerhatian Pesakit berkongsi dengan Antenatal & Postnatal Ward
► rawatan pesakit yang memerlukan pemerhatian di peringkat klinik (sederhana teruk) atau untuk penstabilan sebelum dirujuk ke hospital.
Pembedahan Kecil ► “Toilet & Suturing” – kurang komplikasi/ringan
► Sirkumsisi (Musim Cuti Sekolah)
► “Incision & drainage / Incision & Exploration”
► “Removal of Foreign Body”
► “Nail Avulsion & Trimming – ingrowing of nail”
> "Dental Extraction" - simple case
Lain-lain prosedur
► Suntikan ubat-ubatan
► “Dressing”
► “Suture to Open” – ‘STO’
► “Eye Irrigation”
Pendidikan Kesihatan- dibuat secara berkumpulan dan individu.

Sudut Pendidikan Kesihatan
=> Diberikan melalui ceramah atau tunjuk cara/ tayangan video/CD/posterPengagihan Garam Beriodin
=> dilakukan setiap 2 bulan sekali bagi setiap rumah panjang (1kg untuk 2 bulan bagi setiap pintu)
=>garam akan diambil serta diagihkan oleh Tuai Rumah/WKK/Wakil mengikut jumlah pintu- memonitor kandungan iodin dalam garam setiap 3 bulan sekali dan laporan dihantar kepada Pegawai Zat Makanan PKB Mukah dan salinan SAMO RCS Unit PKB Mukah.
Kutipan Wang Hasil
-Kutipan wang hasil turut dilakukan di Klinik ini iaitu untuk pendaftaran pesakit luar sebanyak RM1.00 seorang, kutipan pendaftaran warga asing RM15.00/seorang dan kutipan warga asing yang bersalin di klinik sebanyak RM100.00.
-Kutipan hasil ini akan dihantar ke PKB Mukah pada setiap hujung bulan.
-Kutipan dibuat oleh staf-staf yang telah diberi kuasa oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah untuk mengutip wang pendaftaran dari pesakit atau orang awam.
Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit
Penyakit TB/Kusta
► pengambilan slaid kahak 1.5% kes baru – bagi penyakit TB
► rawatan susulan untuk pesakit TB
► calitan kulit sekira disyaki penyakit kusta/atau rujuk terus kepada pegawai perubatan untuk tindakan dan rawatan lanjut.
Penyakit Malaria
► pengambilan slaid BFMP – 10% kes baru. Slaid akan dihantar ke Makmal Malaria Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah (mulai MAC 2009).
► pengunaan “Malaria Rapid test Kit” – “Bioline test” untuk mengesan “Malaria Falciparum & malaria Vivax” – dibekalkan pada pertengahan 2004 (sehingga kini 2009-tiada bekalan untuk "Malaria Rapid test Kit' lagi diberikan
► rujukan pesakit ke Hospital/Klinik Kesihatan yang ada Pegawai Perubatan jikalau disyaki Malaria.
Penyakit Filariasis
> pengambilan slaid darah secara rambang sekiranya disyaki/bekerjasama dengan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang terlibat dengan penyakit filariasis
Penyakit Denggi
► menubuhkan AJK anti Denggi peringkat Klinik (dianggotai oleh staf klinik)
► pembersihan kawasan klinik – elakkan daripada kawasan pembiakan jentik-jentik (membuat pemeriksaan 2 hari sekali di kawasan sekitar) – laporan sebulan sekali
► memberikan pendidikan kesihatan kepada pelanggan berkenaan dengan penyakit denggi dan cara pencegahan yang betul
► penggunaan ‘abate’ pada tangki air di Klinik dan kawasan sekitar/rumah panjang
► jikalau disyaki penyakit denggi – pesakit akan dirujuk segera kepada Pegawai Perubatan.
Penyakit kolera/keracunan makanan/HFMD/disentri/dan sebagainya
► pengambilan specimen untuk pemeriksaan makmal
► Notifikasi kes kepada PPKP Bahagian Mukah CDC Unit dan pesakit akan dirujuk kepada MO sekiranya mempunyai simptom & gejala yang berkaitan
Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
=> lawatan untuk murid-murid tahun 1 dan 6 bagi sekolah rendah di kawasan operasi
=> pemberian vaksin MMR/DT/Polio/Rubella- pemeriksaan rutin untuk murid-murid dan rujukan akan dibuat sekiranya terdapat sebarang kecacatan atau masalah kesihatan yang teruk
=>dilakukan setahun sekali dengan kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah
=> Sekolah yang terlibat : -
1. SK SLDB NO. 1
2. SK SLDB NO. 3
3. SK SG. DUAN
Panel Penasihat Kesihatan
=> satu klinik satu panel penasihat. Sebagai perantara antara komuniti dan Jabatan Kesihatan atau Kementerian Kesihatan. Segala maklumat dan permasalahan akan di salurkan kepada Panel Penasihat Kesihatan untuk dihebahkan atau diselesaikan bersama.
Penyaringan Kes-kes ‘Non Communicable Disease’
=>seorang pesakit/lebih sehari. Saringan untuk penyakit kardiovaskular. Pemeriksaan untuk Indek Jisim Badan, tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.
=>kes yang bermasalah akan dirujuk kepada MO
=>Laporan/ salinan rekod saringan akan dihantar kepada Unit Epidemologi JKNS melalui koordinator NCD Bahagian Mukah.
KLINIK IBU DAN ANAK
Bilik Bersalin 
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

Sudut Promosi Penyusuan Ibu Klinik Kesihatan Ibu
=>jagaan ibu mengandung
=>pengambilan sampel darah untuk pemeriksaan rutin
=> pemberian garam beriodin kepada ibu-ibu mengandung
=> menyambut kelahiran
=>jagaan ibu bersalin & selepas bersalin
=>lawatan ke rumah- perawatan ke rumah
Klinik Kesihatan Kanak-kanak
=>jagaan bayi yang baru lahir
=>jagaan anak-anak bawah tujuh tahun/penilaian perkembangan
=>Pemberian immunisasi mengikut jadual yang disediakan oleh KKM
=> pendaftaran kes KZM dengan bantuan atau tanpa bantuan.
=>pengagihan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan
Pendidikan Kesihatan
=>ceramah kesihatan secara berkelompok/individu
=>demonstrasi masakan
=>Perancang Keluarga
=>Pengambilan slaid pap smear bulanan rutin
=>kempen pap smear sekali setahun
=> "Breast Self Examnation" - untuk kehadiran 'mass' pada payudara
Klinik Pegawai Perubatan
=>Dilakukan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Mukah. Kali terakhir dilakukan pada bulan Mac 2004.
=>Manakala pada tahun 2005 sehingga kini (2010) belum dijalankan lagi.
=>Biasanya kes-kes rawatan susulan akan dilihat/dirawat oleh MO.
Rujukan Pesakit Ke Hospital
=>Para pesakit yang memerlukan rawatan/pemeriksaan lanjut akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan samada di KK Selangau (hanya pada hari Khamis setiap minggu), KK Jln. Oya Sibu/KK Jln. Lanang Sibu/Unit Kecemasan Hospital Sibu atau Hospital Mukah/JPL Mukah.
=>Bagi kes-kes yang ringan pesakit akan pergi sendiri manakala bagi kes-kes yang serius atau pesakit dalam keadaan yang teruk akan ditemani oleh PPP/JM ke lokasi rujukan.
Perkhidmatan Ambulan/Menghantar Pesakit/Kenderaan Rasmi Klinik
=>Buat masa sekarang, klinik tidak mempunyai sebarang kenderaan sendiri/kenderaan khas/ambulan untuk menghantar pesakit yang hendak dirujuk ke fasiliti Kesihatan lain.
=>Pihak klinik akan mengunakan perkhidmatan Van Catar bagi memudahkan para pesakit yang amat-amat memerlukan pengangkutan atau keadaan pesakit yang amat serius.
=>Kadar bayaran Van Catar adalah RM140.00 untuk waktu siang dan RM180.00 untuk waktu malam. Bayaran dibuat melalui LPO atau pesanan Kerajaan yang perlu melalui Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah. Pembayaran kepada pemilik kenderaan yang dicatar memakan masa 2 bulan hingga 3 bulan.
=>Jika keadaan terdesak pihak klinik terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk menghantar pesakit ke Hospital berdekatan demi tanggungjawab terhadap pesakit.
Perkhidmatan Perbersihan
Perkhidmatan pembersihan dan pencucian di klinik dilakukan oleh pekerja kontrak. Kerja-kerja pembersihan dan pencucian adalah termasuk di dalam dan di luar klinik (tidak termasuk linen). Bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan tersebut adalah sebanyak RM400.00 sebulan. Perkhidmatan ini dihentikan sementara mulai 1 Ogos 2009 disebabkan kekurangan peruntukan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak / Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.
Manakala tugas-tugas untuk memotong rumput pula telah dilakukan oleh kontraktor yang dibayar oleh pihak kilang. Rumput dipotong sebanyak 2 kali sebulan.